2012
Wednesday, 19 December 2012
Laksa Gandum
Laksa Gandum yang juga dikenali sebagai Laksa Pahang dan Laksa Terengganu merupakan mi berkuah yang popular di Terengganu dan juga di Pahang. Ia diperbuat daripada Gandum.
Laksa Gandum biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah Kelapa. Kuah Kelapa biasanya menggunakan santan yang diharong (dicampur udara panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan Lada hitam, Bawang dan isi ikan Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan bersukacita sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah Kelapa biasanya tidak tahan lama dan perlu dipanaskan hanya apabila hendak dihidangkan.
Laksa ini biasanya dihidangkan dalam beberapa Gabungan dengan menggunakan laksa tepong (Gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah Kelapa, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah Kelapa.
Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment